Saturday, October 9, 2010

No 14 :: Sesungguhnya Allah Mmg Sengaja

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang HEBAT untuk kita dan kehidupan kita pada masa hadapan

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal

"Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.Kembali kepada cinta-Nya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Amin"


credit to http://dirikudrcinta.blogspot.com/2010/07/sesungguhnya-allah-memang-sengaja.html
:: Maafla. Tak reti lg cane nk tag.
Masih baru dan masih mahu belajar. Maaf yer =] ::

P/S= PERINGATAN UNTUK SAYA SENDIRI. SESUNGGUHNYA MMG ALLAH SENGAJA. CUMA KITA JE SEDAR KE X.

1 comment:

Ummu Khalyf said...

waaah, sharing is caring~ good job dear~=D